Halaman

Rabu, 30 Januari 2013



Kafir – Kekal di dalam neraka selama-lamanya. Manusia yang menentang dan tidak percaya kepada rukun iman dan rukun islam.



Simpati Islam – Kekal dalam neraka selama-lamanya. Manusia yang Percaya kepada Rukun Iman dan Rukun Islam tetapi tidak melaksanakannya kononnya macam sayang kepada Islam. Watak seperti orang yang berusaha memegang agama. Perasan seperti pembela agama dan penjaga agama. Tetapi dia terlupa Allah Maha Hebat! Tidak perlu bantuan manusia untuk memelihara agamanya. Apa yang kita usahakan hanya untuk kebaikan diri kita sendiri.



Islam Bocor – Kekal di dalam neraka selama-lamanya. Jenis manusia yang faham rukun iman dan faham rukun islam serta melaksanakannya. Cantik beribadah, berpuasa, jaga solat tiap waktu, bersedekah, pergi haji dan pelbagai ibadah lagi yang dibuatnya, tetapi dalam masa yang sama ada kebocoran dalam bekas mengisi pahala. Kebocoran ini lazimnya berpunca daripada dua perkara. Pertama bocor kecil dan kedua bocor besar atau bobos sama sekali.



Bocor Kecil– Masalah hubungan sesama manusia, penyakit hati, suka mengumpat, menghina dan mengeji di depan atau di belakang. Sifat khianat atau membenci manusia lain. Bersangka buruk, mengintip atau mencari kesalahan dan keaiban orang lain. “Wahai orang yang beriman ! jauhilah sebahagian daripada sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah berdosa. Janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.” (Al-Hujurat 12) hutang-piutang yang tidak diselesaikan, mengambil bukan haknya, suka mengutuk, menghina, merendahkan orang lain dan saja cari pasal dengan orang lain. Semuanya akan dihisab di mahkamah Allah di padang Mashar nanti. Mangsa akan menuntut hak-hak mereka. Pada ketika itu, pahala yang kita buat selama di dunia dahulu akan dibayar kepada si penuntut hak mengikut kadar yang ditetapkan oleh Allah. Jika pahala diusahakan semasa di dunia dahulu habis diberikan pada orang yang menuntut, sedangkan masih ramai lagi yang belum berbayar sebab banyak cari pasal dengan manusia semasa hidup di dunia dahulu. Pada ketika itu, dosa orang-orang itu pula kita akan ambil, kategori inilah yang dikatakan oleh nabi kita sebagai manusia-manusia yang bakal menjadi muflis di akhirat kelak. Selagi kita mempunyai peluang bernafas di dunia ini, kita kena cepat menyelesaikan apa sahaja perkara yang melibatkan manusia sesama manusia serta pelihara diri supaya jangan cari pasal atau masalah dengan manusia. Banyakkan muhasabah diri ketika berseorangan. Bertindak sebelum terlambat dan jangan bertangguh-tangguh !!!



Besar – Lazimnya disebabkan dua perkara besar iaitu soal akidah dan sifat mazmumah. Inilah sifat yang digunakan oleh iblis laknatullah seperti firmanNya : “(Dan ingatlah ) ketika kami berfirman kepada para malaikat, ‘Sujudlah (tunduklah dengan membongkokkan badan sebagai memberi penghormatan) kepada Nabi Adam.’ Lalu mereka sekalian sujud melainkan Iblis, ia enggan dan takbur, serta ia menjadi sebahagian daripada golongan yang kafir.”(Al-Baqarah 34) pernah suatu masa dahulu iblis taat beribadah beribu tahun lamanya sehingga Allah meninggikan darjatnya menjadi ketua para malaikat, yang ada pada ketika itu namanya azazil. Akhirnya dicampakkan iblis ke neraka disebabkan iblis memakai sifat mazmumah ini. Inikan pula kita manusia yang beribadah yang tidak sampai pun lima puluh tahun dan pada masa yang sama menggunakan sifat mazmumah ini. Pasti nerakalah tempatnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan