Halaman

Isnin, 28 Mei 2012

tuan tulis ulama tersohor



DI NEGERI SEMBILAN, tokoh agama, Ismail Hussein atau lebih dikenali sebagai Tuan Tulis dianggap antara wali Allah yang cukup terkenal khasnya di Kuala Talang, Kuala Pilah.Tuan Tulis juga dikenali sebagai kerabat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan kerana pernah mengubati Yang Dipertuan Besar pertama di London pada 1925, sedangkan ketika itu beliau sebenarnya sudah meninggal dunia.
Dilahirkan di kalangan keluarga miskin, beliau dikatakan sangat tekun mendalami ilmu agama walaupun dalam kesukaran. Sanggup berjalan kaki merantau hingga ke Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang untuk berguru terutama dengan Tok Ayah Man (Tuan Guru Haji Abd Rahman).

Ketika berguru dengan Tok Ayah Man, Tuan Tulis tidak mampu membeli kitab disebabkan miskin, tetapi rajin dengan berusaha menyalin semua kitab yang dipelajari serta isu kuliah gurunya. Setiap malam beliau akan menyalin kitab yang akan dipelajari pada keesokan hari dengan meminjam buku daripada rakannya.Tabiatnya yang rajin dan tekun menulis menyebabkan beliau digelar ‘Ismail Tulis’.

 Apabila tamat pengajian, orang kampung menghormatinya dengan panggilan ‘Tuan Tulis’. Usaha menulis itu dilakukan berterusan sehingga kitab yang diajar gurunya siap disalin dengan tulisan tangannya sendiri.

          Banyak kitab yang disalin, antaranya Tafsir Jalalain dan 30 juzuk al-Quran yang dilakukannya ketika masa lapang. Semua kitab dan ayat al-Quran itu disalin menggunakan dakwat dibuat sendiri hasil campuran arang para dan getah limau kasturi manakala penanya dibuat daripada bilah segar kabung


"....selepas ditanya ke mana beliau menghilang, dengan selamba Tuan Tulis mengatakan dia membantu memadam kebakaran di Makkah."


Pengkaji tokoh wali Tanah Melayu, Abdul Ghani Said dalam kajiannya menjelaskan, Tuan Tulis pernah membantu memadam kebakaran di Makkah pada 1900. Kejadian itu berlaku ketika tukang cukur masuk ke dalam rumah mengasah pisau dan terperanjat mendapati Tuan Tulis tiada di kerusinya.


Tidak lama selepas itu, beliau muncul kembali dan selepas ditanya ke mana beliau menghilang, dengan selamba Tuan Tulis mengatakan dia membantu memadam kebakaran di Makkah.


“Tuan Tulis kembali ke rahmatullah pada 1922, tetapi pada 1925, berlaku peristiwa benar di mana beliau dikatakan mengubat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad ibnu Tuanku Antah di London.


“Hubungan mereka rapat kerana Tuan Tulis tinggal berdekatan dengan istana Sri Menanti di Kuala Pilah. Dalam pertemuan itu, Tuan Tulis meminta segelas air lalu dijampinya dan disapu ke tempat sakit manakala baki air itu diminum Tuanku Muhammad. Selepas itu, baginda beransur sembuh dan kemudian masuk ke dalam bilik untuk mengambil sesuatu.


“Apabila keluar, baginda menyedari Tuan Tulis sudah ghaib. Selepas itu barulah baginda sedar sebenarnya wali Allah itu sudah meninggal dunia tiga tahun sebelum kejadian itu. Beliau cuma hadir secara kerohanian,” katanya.
Antara peristiwa lain yang menunjukkan karamah Tuan Tulis yang pernah diceritakan secara lisan ialah pernah berlaku ketika beliau bersama anak muridnya mengerjakan bendang, mereka disajikan buah tamar segar seolah-olah baru dipetik, sedangkan kawasan itu memang tiada pokok tamar.


Tuan Tulis juga menternak kerbau, anehnya, binatang peliharaannya tidak pernah memakan padi penduduk, tidak seperti kerbau orang lain. Katanya, beliau pernah berpesan kepada kerbaunya ‘kamu makan rumput saja, jangan makan padi orang’.


" Kehalusan budinya bukan saja kepada manusia tetapi kepada binatang. Suatu hari..... "
Disebabkan itu, penduduk di situ memang mengenali kerbau Tuan Tulis dan memang tidak akan memakan padi mereka. Kerbau itu dibiarkan merayau tanpa ditambat dan orang kampung tidak akan menghalau kerbau Tuan Tulis jika masuk ke bendang mereka.


Kehalusan budinya bukan saja kepada manusia tetapi kepada binatang. Suatu hari ketika dalam perjalanan, beliau terserempak dengan sekumpulan semut yang tidak dapat meneruskan perjalanan kerana dihalang lopak air. Beliau berhenti dan membuat jambatan kecil sehingga semua semua itu melepasi lopak air.


Beliau juga tidak sanggup melihat binatang diseksa dikurung dan pernah membeli burung dalam sangkar lalu membebaskannya.


Tuan Tulis sendiri memelihara beratus ekor burung merpati tetapi dilepas bebas, diberi makan, minum dan disediakan rumah burung untuk berteduh dan bertelur. Selepas kematiannya, beratus merpati peliharaannya terbang mengiringi jenazah dan melindungi jenazahnya daripada pancaran matahari terik.


Sebaik saja upacara pengebumian selesai, semua burung itu menghilang dan tidak pulang ke sarangnya.
Rujukan: Lembaga Muzium Negeri Sembilan.
INFO: Ismail Hussein
* Suka bergaul dengan orang jahil dan mendampingi mereka dengan tujuan berdakwah.
* Sentiasa menjadi tempat rujuk masyarakat dan menyelesaikan permasalahan penduduk.
* Mendirikan masjid di Kampung Kuala Talang secara gotong royong selama dua tahun dan siap pada 1922.
* Gemar memaki kain pelikat atau seluar jerut, berbaju Melayu atau baju labuh, sentiasa berkopiah.
* Meninggal dunia ketika sedang bertafakur selepas sembahyang Subuh kira-kira jam 7.30 pagi.
* Tidak meninggal zuriat dan harta tetapi mempunyai anak murid yang ramai.



[Sumber dari berita harian tulisan Md Azis Ngah]


Tujuh Wali Melayu - Malaysia
~ Habib Nuh (Singapura)
~ Tukku Paloh (Terengganu)
~ Tuan Tulis (Negeri Sembilan)
~ Syeikh Said Al-Linggi (Negeri Sembilan)
~ Syeikh Muhammad Nor Al-Kholidi (Terengganu)
~ Tuk Kenali (Kelantan
~ Tuan Hussein Kedah Al-Banjari (Kedah)

Ahad, 1 April 2012

ADAT MINANG DI NEGERI SEMBILAN





Pada masyarakat pengamal Adat Perpatih, adat itu adalah peraturan hidup di dunia: “Hidup dikandung adat; mati dikandung tanah”. Yang menjadi tujuan adat ialah kebaikan – “Adat menimbulkan yang baik, menghilangkan yang buruk”. Adat berguna kerana ia membawa ketenteraman dalam masyarakat. “Adat sentosa di dalam negeri”.


Peraturan – peraturan ini dibahagi kepada dua – yang fundamental atau yang asasi dan yang penting, dan yang tidak fundamental iaitu yang tidak asasi dan tidak penting. Bila dikatakan adat itu tidak beki, mengaku dan menerima perubahan – “Sekali air bah sekali tepian berubah” – validitinya setakat tertentu sahaja. Yang boleh menerima dan berubah ialah peraturan – peraturan yang bukan fundamental. Contoh – contoh peraturan jenis ini ialah upacara nikah kahwin (dahulu pakai baju Melayu, sekarang pakai kot dan tali leher); kelaziman (dahulu menumbuk di lesung, sekarang pakai mesin); sikap (dahulu anak perempuan ke dapur, sekarang ke pejabat). Peraturan – peraturan begini berubah pun boleh, tak berubah pun taka pa; tidak ada apa – apa padahnya pada system Adat Perpatih. Kalau ada pun padahnya, ini sementara dan tidak kekal: “Dianjak layu”. Adat kategori ini sahajalah yang termasuk dalam perbilangan:


Usung – usung diperbaharui
Lapuk – lapuk dikajangi


Yang elok dipakai
Yang buruk dibuang


Kalau singkat minta disambung
Kalau panjang minta dikerat
Kalau koyak minta ditampal




Peraturan – peraturan yang fundamental sama sekali tidak boleh diubah – “Tak lekang oleh panas, tak lapuk oleh hujan”. Contoh – contoh peraturan ini ialah hidup bersuku, mengira keturunan dan nisab ibu, sistem tanah pusaka. Hal – hal ini terlalu penting kerana ia merupakan asas dan foundation adat itu. Kalau diubah juga, runtuh dan musnahlah adat itu – “Dicabut mati”. Atas sebab inilah masyarakat Adat Perpatih tidak berganjak dari sistem perwarisan tanah pusaka mereka. Sistem tanah pusaka mewujudkan territorial unity yang instrumental dalam mengekalkan masyarakat “muafakat”. Mengubahnya akan mengakibatkan chain reaction yang akan membunuh adat itu. Peraturan – peraturan fundamental inilah yang dimaksudkan:




Dari nenek turun ke mamak
Dari makak ke kemanakan


Patah tumbuh hilang berganti
Pusaka begitu jua


Namun yang membuat peraturan ialah manusia. Pada mereka sahajalah terserah segala – galanya. Oleh itu mereka harus setia pada adat:




Adat dipakai baru
Kain dipakai usang




budi adalah nilai yang central dalam Adat Perpatih. Banyak hal – hal dalam Adat Perpatih tidak mungkin difahami tanpa mengetahui konsep budi. Hampir semua unsur – unsur Adat Perpatih ada hubungannya dengan budi.




Hati gajah sama dilapah.
Sejamban seperulangan, seperigi sepermandian.


Kaum lelaki setuju yang tanah pusaka itu hak perempuan, ini budi.
Berat sama dipikul.


Budi ini boleh disumbangkan melalui pemberian material (hati gajah sama dilapah); tenaga (berat sama dipikul); pekerti (yang tua dimuliakan); bahasa (yang merah itu saga, yang kurik ialah kundi; yang indah ialah bahasa, yang baik ialah budi).




Budi itu memang sesuatu yang boleh dibuat atau dipraktiskan.
Harimau mati meninggalkan belang
Manusia mati meninggalkan nama




budi merupakan satu ikatan yang erat, lebih erat dari ikatan darah dalam pergaulan hidup. Yang satu menabur budi, yang satu terhutang budi. Jadi ada semacam jenis reciprocity – balas membalas, sumbang menyumbang – yang abadi.


hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati


Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga


Tegasnya budi itu adalah satu cara hidup.
Duduk berpelasaran
Dekat rumah dekat kampong


Boleh pinta meminta
Sakit pening jenguk menjenguk


NILAI TENTANG KAUM PEREMPUAN


Dalam adar, kaum perempuan disebut “bunda kandung”, ibu yang melahirkan anggota – anggota masyarakat; atau “waris pusaka”, anggota – anggota yang boleh mewarisi pusaka. Yang mengembangkan zuriat (mengandung) ialah kaum perempuan. Kaum perempuanlah yang menentukan kualiti generasi akan datang. Baik buruk si anak bergantung pada ibu:


Kalau kurik induknya
Rintik anaknya juga


Kalau keruh air di hulu
Sampai ke muara keruhnya


Oleh itu kaum perempuan harus mempunyai jaminan hidup supaya tidak porak peranda dan supaya dapat mendidik anak dengan sempurna. Jaminan hidup dalam adat ialah tanah pusaka. Ini merupakan sumber ekonominya. Kaum perempuan boleh hidup bebas dari pertolongan lelaki. Tanah pusaka ini adalah keistimewaan mereka. Di tanah pusakalah mereka tinggal.


Bila mereka berkahwin, lelakilah yang berpindah untuk tinggal di rumah mereka – “sigai mencari enau, enau tetap sigai beranjak”. Dan kalau mereka bercerai, lelakilah yang mesti keluar. Perempuan tetap tinggal di rumah itu bersama anak – anaknya. Oleh itu tidak pernah terdapat janda yang terbiar tak berumah tak berduit hingga terpaksa menjual maruahnya. Anak – anak juga tidak berkeliaran. Adat meberi rumah, tanah dan sawah ladang kepada kaum perempuan, bukanlah kerana mereka dianggap lebih tinggi dari kaum lelaki. Kaum perempuan diberi keutamaan kerana mereka dianggap lemah dan perlu pertolongan.


Lelaki disebut “pipit jantan tidak bersarang”. Lelaki boleh tinggal dan tidur di mana – mana – disurau, di kaki lima. Tetapi perempuan tidak boleh, tidak manis, sumbang dan memalukan. Lelaki dianggap mempunyai tenaga yang lebih untuk mencari wang – boleh membanting tulang empat kerat, boleh membuat kerja yang lebih berat dan kasar daripada perempuan.


Berdasarkan keadaan yang tak sama inilah harta pusaka itu atas nama perempuan dan diwarisi oleh perempuan dari ibunya turun temurun. Kunci maruah adalah perempuan. Jika seorang perempuan membuat perkara yang tidak baik, malunya ditanggung oleh seluruh suku. Oleh itu, untuk menjaga maruah sesuku, kaum perempuan diberi kedudukan ekonomi yang teguh. Juga perempuan dikawal dengan ketat oleh waris.


Antara lelaki dan perempuan biar pun sesuku dikenakan peraturan – peraturan adat sopan yang keras. Kaum perempuan dianggap sebagai sesuatu yang suci dan indah, sebagai sumber kekuatan rumahtangga dan keselamatan dunia akhirat.


Rumusan:


1. Selagi adat tidak MENYALAHI SYARAK, maka jalankanlah adat itu supaya hidup bermasyarakat lebih teratur. Ini adat kita maka kita harus mempertahankannya. Sia - sia jadi anak Nogori.


2. Mak ayah akan menerangkan kepada anak - anak tentang HARTA / TANAH ADAT yang diwarisi turun - temurun mengikut peraturannya. Maka janganlah dipersoalkan kerana wasiat orang yang terdahulu hendaklah dipatuhi. Ajaran Islam pon cakap TUNAIKANLAH WASIAT.


3. Apabila seseorang yang masih hidup MENETAPKAN PEMBAHAGIAN HARTANYA sebelum mati, maka itu adalah WASIAT YANG WAJIB DIPATUHI.


4. Adat Perpatih dalam hal KAUM PEREMPUAN ini tidak lain dan tidak bukan menjaga maruah wanita sebagai orang yang mengandungkan anak, kaum yang lemah dan patut dilindungi, menjaga taraf anak dan keturunannya.


5. Kita lelaki yang ada tenaga lebih serta KURANG BATAS - BATAS AURAT, PERGAULAN ni boleh kerja cari harta lebih berbanding KAUM WANITA.


6. Ingatkah jawapan Rasulullah S.A.W pada pertanyaan sahabat, di mana Rasulullah S.A.W menjawab "Ibumu" sebanyak 3 kali kemudian barulah "Bapamu" ?.


7. Bacalah Surah An - Nisa, kemudian dalamilah tafsirnya. Orang yang terdahulu telah memikirkan semasak - masaknya perkara ini bukan suka - suka membuat adat. Adat yang baik dijunjung, yang lapuk dan bersalahan dengan syarak dibuang dan ditinggalkan.


Janganlah kita mentafsir adat ikut pemahaman kita yang tak tau apa - apapun, kerana emosi atau kerana pendapat orang yang BUKAN AHLI ADAT kerana mereka tak paham.


Kalau benar ADAT PERPATIH INI SALAH TERUTAMA TENTANG HARTA PUSAKA, KENAPA TIADA FATWA PENGHARAMAN DAN PEMANSUHAN DIBUAT? Renung - renungkanlah.




Yang baik datang dari Allah S.W.T. Yang buruk datang dari kejahilan saya.
Wabillahitaufik wal hidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh. Waridhwanu.


Salam Anak Negeri Di Rantau




= renungan dan pengetahuan =

Isnin, 9 Januari 2012

dunia baru :D

9 / 01 /2012






bermulalah kisah aku sebagai budak sekolah.... adoii , sekolah lagi.....


hahahhaha..... ta pe la 3 taun je... 3 taun JEEEEE , gle lame.... ngat an ta nak sambong dah , tetapi atas dorongan kawan - kawan dan keluarga tercinta , tersayang... aku sambong jugak.... dapat la tempat aku di http://www.gmi.edu.my/





maka bermula lah dunia baruku di german - malaysia institute.... TERRBAEKKKK !!!!!!!








membe semua terbaek , sekepala..... aku seronok kat sini... hehehhehe :P







Rabu, 21 Disember 2011

kenapa lelaki meninggalkan wanita !!!!


Hubungan yang bermula bahagia boleh berakhir dengan kehancuran.
Kenapa pasangan anda sanggup meninggalkan anda?

Pernahkah anda terfikir apakah sebab utama yang menyebabkan pasangan anda (kini bekas pasangan) sanggup melepaskan ikatan cinta terhadap anda dan memilih insan yang lain sebagai ganti?
Mengapa Lelaki Meninggalkan Wanita

lelaki tidak suka menyakiti hati wanita. Lelaki dijadikan Tuhan untuk mejadi khalifah di muka bumi ini. Dan sebagai seorang yang bergelar pemimpin, lelaki memerlukan satu benda yang teramat penting sekali. Benda ini berbentuk perasaan.

Perasaan ini adalah punca lelaki sanggup bergaduh sesama sendiri demi memilikinya. Perasaan ini menyebabkan seorang lelaki sanggup memberi sepenuh kasih sayang dan cinta yang tidak berbelah bagi terhadap wanita.

Sebaliknya, ketiadaan perasan ini akan menyebabkan kaum lelaki dahaga, sehingga pada satu tahap, jika keinginan ini tidak dipenuhi, maka , kaum lelaki sanggup bertindak secara ‘desperate’ demi mencari perasaan ini.

Saya pernah melihat lelaki meninggalkan isteri dan kekasih mereka demi mengejar benda ini. Sungguh saya tidak percaya pada mulanya tetapi hakikatnya seorang lelaki sememangnya memerlukan…
PENGHARGAAN dan PERHATIAN dari seorang wanita yang bergelar teman hidupnya.

Biar saya terangkan.
Sewaktu mula hangat bercinta dulu, kaum wanita biasanya amat prihatin dengan kecantikan diri- menghiasi diri dengan pakaian cantik, wangian yang menggoda dan mudah ketawa dengan lawak jenaka yang dibuat oleh kaum lelaki.

Hangat. Mesra. Indah….
Sedang masa berlalu, kaum wanita sudah mula bersifat sambil lewa, tidak kisah lagi pilihan pakaian yang sesuai, dan tidak menumpukan perhatian ketika lelaki sedang bercakap. Lawak jenaka yang sewaktu ketika dulu berjaya menghasilkan senyuman tawa riang, sekarang hanya disambuti senyuman ala kadar dan cukup syarat.

Jangan anda salah faham, lelaki tidak akan meninggalkan wanita kerana wanita lain yang lebih cantik dan langsing. Lelaki sebenarnya amat memerlukan penghargaan dan perhatian dari seorang wanita. Penghargaan dan perhatian ini adalah ‘driving force’ dan juga penerimaan terhadap identiti diri seseorang lelaki.

Wanita kadangkala tidak sedar diri mereka sebenarnya menyampai satu mesej separa sedar terhadap lelaki yang berbunyi

“Aku tidak menghargai kau lagi”.
1 Bila lelaki bercakap mengenai impiannya…
Wanita tidak mendengar sebaliknya mengubah topik perbualan.

2 Bila lelaki bercerita mengenai kejayaannya…
Wanita tidak memberi pujian dan galakan yang sewajarnya.

3 Bila lelaki bercerita mengenai kisah dukanya…
Wanita tidak memberi motivasi dan sebaliknya, meluahkan kekecewaannya.

4 Bila lelaki keluar bersama wanitanya dan teman - temannya

wanita itu tidak mempedulikannya dan sibuk melayan teman - temanya.

Kesimpulannya, lelaki amat dahagakan PENGHARGAAN dan PERHATIAN.
Lelaki sanggup meninggalkan pasangannya demi mencari seseorang yang boleh memberinya PENGHARGAAN dan PERHATIAN.

Jika anda seorang wanita, ini tidak bermakna anda harus menjadi hipokrit dalam komunikasi anda dengan pasangan anda. Anda hanya perlu pandai mengimbangi energi negatif dan positif(push and pull) mesej anda agar self-estim pasangan anda tidak runtuh. Anda harus cetuskan keadaan di mana pasangan anda berasa dihargai.

Itulah sebab utama lelaki meninggalkan wanita dan itulah juga sebab lelaki menjadi Sang Kekasih di dalam kehidupan anda jika anda boleh memberinya satu PENGHARGAAN dan PERHATIAN yang ikhlas.










Seorang lelaki buruk rupa dan berbadan pendek berkahwin dengan seorang wanita cantik jelita.


Pada suatu hari, isterinya telah berdandan sehingga menjadi semakin cantik dan menawan di mata suaminya.
Si suaminya terpaku dan merenung isterinya..


Isterinya bertanya, “Ada apa denganmu sayang?”


Suaminya menjawab, “Demi Allah kamu sangat cantik rupawan.”
Isterinya berkata, “Bergembiralah, aku dan kamu akan masuk Syurga.”


Suami bertanya, “Dari mana kamu tahu itu?”
Isterinya menjawab, “Kerana kamu dianugerahi isteri cantik seperti aku lalu kamu bersyukur, sementara aku diuji dengan suami seperti kamu lalu aku bersabar. Orang yang sabar dan orang yang bersyukur akan sama-sama masuk Syurga.”










Khamis, 15 Disember 2011



Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” [HR Muslim no. 3971] Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: “…Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” [Al-Muwatta’, no. 1421]




Imam Hasan Al Basri ( Abu Sa'id al-Hasan ibn Abi-Hasan Yasar al-Basri )
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu , BUKAN bererti akulah yang TERBAIK dalam kalangankamu , BUKAN juga yang PALING SOLEH dalam kalangan kamu , kerana aku juga pernah melampaui BATAS untuk dirisendiri, seandainya seseorang itu HANYA dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia sempurna, nescaya TIDAK akan ADA PENDAKWAH , maka akan jadi sikitlah orang yang MEMBERI PERINGATAN."




Rabu, 30 November 2011

alhamdulillah , selesai jugak sesi latihan industri aku yang bertempat di SME AEROSPACE Welcome to SME Aerospace Sdn. Bhd. Official Site www.smea.com.my..... abes da peranan aku kat sana... hehehehe..... dah setel da...


dengan rasminya selesai la suda pembelajaran aku di ikmkl ( institut kemahiran mara kuala lumpur ) banyak kisah suka , duka aku bersama 8 orang geng skmp aku... hehehe.. rindu la kat korang pasni.. aii.. dan lect2 kesayangan aku... tacink la plak... heheheh 








semalam da jadi sejarah , hari ni bakal jadi kenangan dan esok adalah permulaan hari yang baru...




                                                                     ^__^




Jumaat, 18 November 2011

asal usul gemas

Gemas kampung halaman ku



asal usul 

Dipercayai cantuman perkataan Inggeris 'gold' dan omeh (emas) serta loghat Negeri Sembilan 'gomeh' yang bermaksud gua emas


Dari segi sejarah, Gemas menjadi titik pertemuan penting laluan Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB) menghubungkan pantai timur dan pantai barat Semenanjung. Stesennya dibina sejak 1992 masih beroperasi hingga sekarang dan itu cuma sebahagian daripada seribu kenangan dan sejarah negara.Kedudukannya bersempadan dengan Johor dan Pahang dianggap strategik, bahkan ada yang menggelarnya Segi Tiga Emas.Penduduk tempatan mengatakan ia sebenarnya dinamakan sempena penemuan tempat lombong emas di sebuah gua yang mereka namakan ‘Gomeh’ (gua emas). 

Apa pun ia sebenarnya berkaitan dengan penemuan logam emas.Berikutan penemuan lombong emas itu, nama Gemas terus popular dan ditukar menggantikan nama asal iaitu Ayer Terap yang diambil sempena anak sungai berhampiran Rumah Rehat Gemas. Gua emas itu terletak Bukit Jalor, kira-kira lima kilometer dari Simpang Dua. Kedudukannya di atas bukit dikelilingi kebun getah dan memerlukan pengunjung mendaki bukit kira-kira 500 meter untuk sampai ke lokasi.
Lubang peninggalan pelombong emas yang dipercayai mati tertimbus.

Tempat ini belum diteroka sepenuhnya tetapi kini Pejabat Daerah Gemas dengan kerjasama penduduk setempat menjadikannya sebagai tarikan baru pelancongan yang dimasukkan antara produk pakej homestay atau inap desa.


INFO: Lombong Gua Emas

· Berusia hampir 100 tahun

· Dibuka pada awal 1920-an dan ditutup pada 1942 ketika Perang Dunia Ketiga.

· Jaraknya dari Kuala Lumpur dianggarkan 165 kilometer.

· Saiz terowong lombong (tiga kaki lebar dan 6 kaki tinggi) .

Sejarah ringkas Gemas

· Penduduk asal berketurunan orang Melayu Asli

· Ditadbir seorang ketua iaitu Datok Sabun, berasal dari Minangkabau yang berhijrah bersama dengan angkatan ke Seri Menanti.

· Mula membuka kampung di Kampung Ladang.
Tip memasuki gua emas
· Memakai kasut getah panjang kerana laluannya air bercampur tahi kelawar.
· Membawa lampu suluh.
· Mesti diiringi pasukan keselamatan.
· Patuhi arahan dan tanda keselamatan di dalam dan sekitar gua.




Jumaat, 28 Oktober 2011

Cara Menulis Surat Untuk Bakal Isteri.








Assalamualaikum.





Kerja aku masa bosan bukan main game aje


Kehadapan future adinda yang dikasihi. Hari ni memang saya tak ada kerja dan tiba-tiba je terlintas dalam fikiran saya untuk tuliskan surat untuk awak. Jangan awak terkejut ketika membaca surat ini, sememangnya surat ini saya tulis khas untuk awak. Saya tahu, awak tak mengenali saya. Begitu juga saya disini. Saling tak mengenali sebelum kahwin lagi sweet kan.? Saya tahu saya sweet.




Future adinda,
Saya menulis ini bukan sebab apa, tapi sebagai persediaan awal untuk awak berjumpa dengan saya. Awak jangan risau. Ketika awak berjumpa saya nanti pasti awak akan rasa teruja sebab ramai kata muka saya macam botak juvana. Meski pun saya ada rambut. Yes saya ada rambut. Setakat ni lah. Tak tahu pula apa akan terjadi pada masa akan datang.






Ehem.
Harap awak tak memilih. Bukan apa. Memilih sangat nak buat apa.? Handsome handsome, nanti kena kebas awek lain yang lagi solid dari awak. Awak nak.? Tak nak, kan.? Saya tahu. Orang botak tu setia. Sebab tu saya tak botak. Eh tak tak. Meski pun saya tak botak, saya setia tau. Awak jangan percaya diorang yang cakap saya ni gatal. Diorang tu semua dengki tu. Maklumlah, sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan saya.





Girls with their scarf are originally beautiful


Wahai future adinda, saya harap awak tak meluat kalau saya belikan awak banyak tudung. Labuh. Wait wait. Bukan saya nak paksa awak pakai tudung labuh. Tapi kat mata saya, perempuan tudung labuh ni sweet lah. Macam treasure yang belum di discover. Priceless lah kata kan.




Bila saya puji perempuan tudung labuh tu cantik, saya bukan cakap awak tak cantik. Awak cantik. Ok apa. Saya tahu perempuan suka pakai tudung segera. Suka pakai shawl. Ok apa. Bertudung jugak. Tapikan, saya tak nak lah orang lain tengok awak dengan pandangan berahi. Bukan apa. Even shawl pun, memang lah nampak ianya melabuh sampai ke bawah dada. The thing is. Depan je labuh. Kat belakang tu tergantung, sayang.


Awak mana faham lelaki ni macamana. Ni biar saya bagitahu awak. Lelaki bila dapat tengok part badan perempuan kat mana mana pun boleh terliur, tahu.? Nak nak kat belakang badan perempuan area pinggang sampai leher tu. Bila perempuan pakai shawl, komform komform nampak area tu. Kadang kadang saya tengok ada yang pakai shawl sampai nampak leher pun ada. Kalau tang tudung segera tu tak payah cakaplah. Memang sah sah pendek.




You are beautiful in your way


Tak tahu lah saya, kalau orang yang pakai shawl sampai nampak leher tu saja nak menunjuk or apa. Maklumlah, perempuan kan suka pujian, kan.? Lagi pendek shawl, makin orang puji comel, kan.? Saya tahu, ramai perempuan lagi pentingkan pujian dari tuntutan Allah. Eh saya tak cakap awak tau. Saya cakap yang antara kaum awak je. Awak baik. Tudung awak selalu tutup depan dan belakang. Kan.? Saya tahu awak mana main tudung tudung pendek ni.


Future adinda tersayang,


Wahai future adinda, saya nak awak tahu. Saya ni tak minat jadah korea. Bukan nya tak minat, maksud saya saya terus ban. Tak.. tak.. ehem. Saya still boleh lepak dengan diorang (girls mostly) yang minat korea. Cuma kalau boleh, lepas kahwin nanti, saya taknak lah awak pasang lagu korea or letak gambar artis korea banyak banyak dalam rumah.




Bukan apa. Saya tengok, ramai gila perempuan finatik artis korea. Sampai facebook pun gambar artis korea. Ada apa sangat dengan lelaki korea.? Muka jambu.? Eh. Lelaki Malaysia pun muka jambu apa. Diorang romantik.? Eh. Lelaki Malaysia pun romantik jugak lah. Cuma kaum perempuan je tak perasan. Bila dah dapat lelaki Malaysia yang romantik, dikatanya, "Eww.! Mat bunga. Eww.! (again =.=)".



Saya tahu awak tak minat mamat ni


Eh. Awak tak. Awak mana ada letak mana mana muka artis korea kat dalam lappy. Apatah lagi kat bilik. Setakat ni facebook pun, awak tak ada kan.? Saya tahu. Orang macam awak mana suka bersosial. Bagus. Saya suka. Barulah priceless. Bila tak ada facebook, mesti tak ramai lelaki nak mengurat awak, kan.? Saya tahu awak tak pandai It. Saya suka part yang tu. *smiley face*


Awak, kalau boleh, saya harap awak tak kisah kalau saya totally tak ingat birthday awak. Saya pernah dengar perbualan dua perempuan yang cakap lelaki akan ingat birthday perempuan yang dia suka. Maksudnya, bila jadi first wisher bermaksud lelaki tu sayang perempuan tu.? Habis tu, benda lain yang dibuat tu, tak ada makna lah, ya.? Kalau macam tu, sia-sia lah saya belikan handyplass masa jari awak terkena paper cut. *sad face*




Setakat ni, saya belum pernah saya lupa birthday saya. So, tak mustahil untuk saya ingat birthday awak juga. Oh ya. Cakap pasal birthday ni, kaum awak mesti selalu tertanya tanya nak belikan bf dia hadiah apa, kan.? Awak jangan risau. Saya tak cerewet. Awak belikan je saya kain pelekat. Tak pun kopiah. (Teringin nak orang hadiahkan kopiah sebenarnya). See, saya tak cerewet, kan.?





Pasal tak pandai masak awak jangan risau


Saya tak nak sentuh bab awak tak pandai masak. Sebab saya tahu, mesti awak nak mempertikaikan pasal kalau sayang, tak kisah pandai masak or tak. Kan boleh makan kat luar. Saya tahu awak akan cakap macam tu. Kalau macam tu baik saya kahwin dengan tukang masak kat luar tu. Ye tak.? Tak pun susah susah sangat tak nak makan luar, baik saya upah bibik comel dari korea. Ok kan.? Teman berbual pun awak ada. Baik kan, saya. Awak pun boleh duduk relax goyang kaki kat rumah. (idea Khairul)




Satu lagi yang saya mintak. Please please please and please jangan tanya banyak kali saya sayang awak or tak. Awak pun tahu jawapannya. And please jangan suruh saya sayang awak seorang sahaja. And jangan larang saya panggil perempuan lain dengan perkataan 'sayang'. Saya tak boleh janjikan semua tu. Sebab saya still akan sayang kat perempuan lain. Still akan panggil perempuan lain sayang. And perempuan tu adalah insan yang akan panggil awak ummi.




Future adinda yang comel,




Kat sini saya bukan nak kongkong awak or apa. Buat tu salah buat ni salah. Saya cuma bagi tahu persediaan awal je. Jangan lah awak merasa bengang ketika membaca warkah ini. Niat awak nak baca je warkah ni dah kira saya sayang awak. Yes. Saya ambil berat pasal awak.




So, tak ada lah awak tak pandai masak, merajuk kalau saya lupa birthday awak, tepek muka artis korea banyak banyak dalam rumah or dalam lappy, awak nampak sexy meskipun awak bertudung, and yang paling penting, awak kena tahu. Comel mana pun muka awak, saya tetap sayang awak. Sebab saya sayang awak. And kalau awak dah pandai IT, saya mintak tolong satu benda. Tolong lah jangan baca blog saya. Sebab nanti awak akan cop saya 'gatal'. Walaupun saya setia orangnya.


Ihlas dari tulisan penaku,




Red Gitarputeh









credit to :

http://www.informasi.my/cara-menulis-surat-untuk-bakal-isteri/

Khamis, 20 Oktober 2011

paktikal......... adoiii

asalamualaikum..... heeee... tamat suda pembelajaran aku di uikm... skank aku paktikal kat sungai buloh... dak2 senior aku cakap best paktikal kat sana , aku pon malas arr nak cari tempat laen ag , dgar plak dapat 500 elaun , gilerr kaw...... hahhaha... seronok dengar.... dah bajet da nak wat pe duet nati , blom ag masok paktikal angan2 da tinggi... hahhahaha , apeeee pon ta bleh la kau ni.... :P


maka , 4 - 7 - 2011 bermula la kisah aku paktikal...... da masok baru la aku taw keadaan sebenar nyer.... mmg seronok la..... first , aku blaja bidang machine , tbe2 hr anta aku ke sheetmetal.... lari da bidang... second , elaun aku 150 jeeeeee..... ape ni ctye cmne der..... third , aku da 3 blan paktikal.... incharge aku ade 2 , satu shift pagi , satu shift petang.... yang pagi ni oke , haaaa , korang buat ape kerja yang korang nak wat , jangan malu nak mintak tolong , blaja bende baru.... ( sambil cekak pinggang ) hak hak hak..... terbaek la.... shift petang ni yang spoil sket..... kejap suh wat tu , kejap suh wat ni , ta abeh lagi yang tu , keje ni plak... rehat lebih seminit kene panggil.... mmg tension arr.... adoii.. aku semak tol ble shift pagi n petang mle tukar..... halamak... tu la yang aku hangin tu... ko ngat aku pakai beteri AAA alkali bleh cas lek..... adoii... mgenangkan paktikal je la aku saba.... hadoiii... tapi leader aku oke , ni la tokey segala2 tokey kat department aku... dengan muke ngantok , duduk kat lam bilik econ , sambil isap rokok dunhill filter... berkata : korang belajar la ye mane korang nak belajar... pastu buku log , ikot korang la nak tulis ape , ko bg aku nati aku sain je.... hehehhee.... ( aku balek nak gelak ngok mke dye ) hahaha..... sbb tu yang aku malas sangat na wat kerja kat tmpat aku paktikal ni , ape yang aku idamkan smua ta dapat.... hadoii... saba yolah tunggu sampai den abeh paktikal nati , den maleh da nak pikir bebanyak laie.. poning palo... yang den tggu ujong blan soboleh ni , abeh paktikal.... hmmm.... tu la cito ta bapo nak sodih den... haha...








p/s : cek lu tgmpat sblom na g taw.... hahahah :P

Jumaat, 2 September 2011

abah ngan mak tersayang :)

my hero n my heroin












mase ni kteowg cari pasal kat perak... hahah :P

Isnin, 6 Jun 2011

penat wei , da la aku kemas umah sorang-sorang... laen tah mane - mane tah balek kmpong da semua.... dala dengan owner rumah cerewek gle , naek pening otak aku... hadoii.....
hmmm... banyak nye kenangan aku kat cheras ni....haii..... :)))))


last duk blan 6 / 2011

Sabtu, 1 Januari 2011



nama : anuar

umo : baru 21

asal : Felda Palong Lima, 73430 Gemas, Negeri Sembilan, Malaysia



blaja lagi la kawan.... hehe




hahaha... tu je pasal aku , nak taw lebih lanjut tanye la tuan pnye badan.... hehehhe :P